Perkahwinan
mereka diatur oleh keluarga tanpa pengetahuan Athirah dan Mikhail.
Sebagai anak yang mengenang jasa orang tua, Athirah menerima pernikahan
itu dengan reda tetapi tidak bagi Mikhail. Perempuan yang telah sah
menjadi isterinya itu hanya beban buat dirinya.
Athirah memendam
rasa sebaik sahaja menyandang gelaran isteri. Maruahnya bagai
dipijak-pijak apabila sang suami berlalu begitu sahaja selepas upacara
akad nikah. Walau apa pun perbuatan Mikhail terhadap dirinya, Athirah
tetap sedar akan kedudukannya sebagai seorang isteri. Maruahnya sebagai
isteri tetap dijaga dengan rapi.
Tanpa diduga mereka telah
dipertemukan...Malangnya Athirah tidak kenal siapa Mikhail bagi dirinya
dan begitulah juga dengan Mikhail. Pertemuan demi pertemuan yang berlaku
sepanjang minggu orientasi hanya melahirkan bibit-bibit pertengkaran
dan bermasam muka. Pantang bertemu mata, ada sahaja yang tidak kena
antara mereka. Athirah benci dengan sikap Mikhail yang suka membuli
manakala Mikhail geram dengan sikap Athirah yang sering tidak mendengar
kata.
Rahsia siapa Mikhail bagi diri Athirah terbongkar tanpa
disengajakan. Setelah tahu Mikhail itu adalah suaminya, Athirah
melancarkan beberapa strategi untuk menambat hati suaminya. Apabila
kasih sayang dan cinta Mikhail ternyata miliknya, cinta mereka diuji dan
diuji hingga Athirah rasakan hidup bersama Mikhail sudah tidak ada
ertinya lagi. Lalu dia mengambil keputusan untuk berlalu pergi.
No comments:
Post a Comment